|
Sekapur Sirih Daripada Pengetua _jpg.jpg)
Salam Satu Malaysia, Terima kasih kerana melayari laman web SMK TAR. Terlebih dahulu, ingin saya mengimbau kembali sejarah sekolah ini. Tiga kali bertukar nama menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang unik. Semenjak penubuhan Dragon School pada tahun 1959, kemudian bertukar nama Kolej Tun Abdul Razak pada tahun 1980, selepas itu Sekolah Menengah Kerajaan Tun Abdul Razak - pastinya mengembalikan nostalgia kepada setiap bekas pelajar sekolah ini. Tahun ini 2010 kita akan memulakan visi baru sekolah kita iaitu SMK Tun Abdul Razak bertaraf Sekolah Cemerlang di Malaysia pada Tahun 2014. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMK TAR yang telah berjaya membangunkan sekolah ini sebagai gedung ilmu yang berjaya. Kesudian bekas-bekas pelajar sekolah ini menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk telah memberikan kekuatan dan sokongan moral yang harus dijadikan pembakar semangat kepada warga SMK TAR untuk terus mengharumkan nama sekolah dengan rekod kejayaan. Tahun 2010, SMK TAR seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia akan menghadapi cabaran-cabaran baru. Khasnya, yang berkaitan dengan NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. Saya yakin, dengan usaha gigih, kebijaksanaan setiap warga SMK TAR serta sokongan berserta dorongan sekolah ini menjadi tuan rumah untuk pelbagai kegiatan pembudayaan ilmu. Visi sekolah yang dirancang serta ditetapkan pasti boleh dicapai berdasarkan iltizam guru, staf sekolah, bekas pelajar dan juga pelajar yang sedang belajar di sekolah ini. Dengan adanya, penstrukturan baru pembelajaran serta pengurusan Tingkatan 6, saya menaruh harapan tinggi agar prestasi pelajar Tingkatan 6 terus cemerlang. Akhir sekali, saya berterima kasih kepada barisan pentadbir, AJK dan ahli PIBG, ketua bidang dan warga pendidik, kakitangan bukan guru dan anak didik SMK TAR yang sentiasa bersemangat waja mengangkat nama sekolah. Tahun ini seperti tahun yang mendatang sememangnya penuh cabaran, hanya yang kuat dan berjiwa kental sanggup mengharungi cabaran. ITULAH KITA. Selamat maju jaya. |